PROSES AGIHAN BEKALAN AIR

Krisis air sekali lagi di Kolej Kediaman. Para petugas PPH bertungkus lumus untuk memastikan para pelajar sentiasa mendapat bekalan air. Bantuan bekalan air drpd pihak Bomba & Penyelamat Negeri Terengganu telah bermula sejak 23 Ogos 2021 dan masih berterusan hingga kini. Pihak PPH turut menambah agihan bekalan air dengan menggunakan lori jabatan/sewaan bagi menampung keperluan ini. Semoga krisis bekalan air ini lebih segera berakhir.