PROGRAM JOM KONGSI REZEKI

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PROGRAM JOM KONGSI REZEKI
Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) telah menjayakan Program Jom Kongsi Rezeki bermula pada 15 Julai 2021 sehingga 15 Ogos 2021. Program ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada pekerja kebersihan bangunan dan landskap UMT yang terjejas akibat pandemik Covid-19. PPH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.
Majlis Penyerahan Sumbangan Program Jom Kongsi Rezeki telah diadakan pada 5 September 2021 di Lobi Canselori. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada YBrs. Prof. Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar FAsc, Pusat Islam Sultan Mahmud dan Pejabat Komunikasi Korporatserta semua staf yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan majlis ini. Semoga program kebajikan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meringankan beban mereka yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19.
Terima kasih.