HEBAHAN PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH PEMBANGUNAN DAN HARTA, UMT

Assalamualaikum…w.b.t. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dan seluruh warga UMT yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju melantik Encik Mohd Faizal bin Mohd Noor sebagai Pengarah Pembangunan dan Harta, UMT berkuat kuasa 10 Mei 2021 hingga 9 Mei 2024.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizal bin Mohd Noor atas pelantikan ini. Adalah diharapkan agar seluruh warga UMT dapat memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama kepada beliau dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sekian, terima kasih.