Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) telah menganjurkan Bengkel Penjaminan Kualiti ISO 9001:2015 pada 5 Julai 2022.

Bengkel secara bersemuka ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Nazli bin Mohd Nor dan Prof. Madya Dr. Roshaiza binti Taha daripada Pusat Transformasi, Perancangan Strategik dan Risiko bagi Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) manakala Puan Fauzayani binti Ibrahim dan Puan Robbyiah binti Mohd daripada Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti juga turut dijemput bagi memberi penerangan berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS).

Perkongsian yang amat bermanfaat ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada peserta seterusnya dapat menambahbaik prosedur kerja yang sempurna dan mengenal pasti ketidakpatuhan yang wujud serta mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan sekiranya ada.