Acara Berbasikal 2014

TARIKH: 16/12/14
MASA: 5.30 – 7.00 PTG
PELEPASAN: DARI KOLEJ SISWA KE SELURUH KAWASAN KAMPUS UMT
URUSETIA: PPH

Pihak Pusat Pembangunan dan Harta ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada SELURUH WARGA UMT di atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khususnya kepada YBhg. Dato’ Naib Canselor di atas kesudian untuk menjayakan acara ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Anuar bin Hassan kerana telah turut serta dalam acara berbasikal ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada semua AJK Pelaksana Program, Bahagian Keselamatan, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Siswa, Pusat Kesihatan Pelajar, Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra, Persatuan Basikal UMT serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah bertungkus-lumus dan berganding bahu bersama-sama dalam memeriahkan acara dan memastikan ia dapat berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang.