Program Inovasi@UMT 2012 telah pun diadakan pada 14 & 15 Mei 2012 di Dewan Sultan Mizan dan julung kali diuruskan sepenuhnya oleh PPH dari segi pemasangan booth-booth pameran.
Pihak urusetia juga telah menyediakan sebuah booth untuk PPH mempamerkan maklumat – maklumat berkaitan jabatan seperti pembangunan dan fasiliti yang ada di UMT.
INOVASI@UMT 2012 ini mempertandingkan 54 hasil penyelidikan penyelidik UMT, 34 hasil penyelidikan pelajar tahun akhir UMT dan 21 hasil inovasi pelajar sekolah-sekolah menengah dari seluruh Negeri Terengganu.
Selain pertandingan penyelidikan, INOVASI@UMT 2012 juga membawakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan korporat yang berorientasikan sains dan inovasi berikut;
- Petronas – UTP, INSTEP dan ALAM
- Petrosains – Pertunjukan dan Aktiviti Sains Interaktif
- Yayasan Inovasi Malaysia – Pameran & Jualan Produk-Produk Inovasi Negeri Terengganu 2012
- Yayasan Angkasawan Negara – Perkongsian Pengalaman `Aplikasi Sains dan Angkasa’ bersama Angkasawan Negara – Mejar Dr. Faiz Khaleed
- Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu – Pertunjukan & Aktiviti Sains
Interaktif - Perbadanan Harta Intelek – Pameran & Ceramah Kesedaran Harta Intelek
- Agensi Nuklear Malaysia
- Institut Penyelidikan Produk Halal
- Pusat-Pusat Kecemerlangan UMT – Pembelajaran Sains Interaktif
- Institusi Pengajian Tinggi (Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin, UiTM Terengganu Kampus Dungun, UiTM Terengganu Kampus Chendering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin)