Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung laman web yang dihormati kerana melayari laman web rasmi Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH), Universiti Malaysia Terengganu.
Sebagai tunggak utama pembangunan fizikal UMT, PPH bertindak sebagai penyelaras dan pelaksana dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, pengurusan penyelenggaraan dan fasiliti keseluruhan kampus. Adalah menjadi hasrat kami untuk menjadi sebuah organisasi yang efisien dan efektif dalam membantu mencapai Visi dan Misi UMT melalui pelan induk pembangunan yang bersistematik dan menyeluruh.
Melalui laman web ini pengunjung akan dapat mengetahui maklumat asas mengenai fungsi dan tanggungjawab PPH dalam merangka program pembangunan UMT meliputi penyediaan infrastruktur dan prasarana terbaik untuk warga kampus.
Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak adalah amat diharapkan. Pihak kami mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen membina yang dapat membantu pihak PPH di dalam meningkatkan kualiti penawaran perkhidmatan demi untuk mencapai kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan berterusan.