MAKLUMAN PEMBINAAN KOMPLEKS MAKMAL PERIKANAN DAN AKUAKULTUR, PUSAT PENGAJIAN SAINS PERIKANAN DAN AKUAKULTUR, UMT
Adalah dimaklumkan bahawa, pembinaan Kompleks Makmal Perikanan dan Akuakultur, PPSPA telah bermula pada 7 OGOS 2017 dan dijangka siap pada 3 FEBRUARI 2019. Projek ini merupakan salah satu daripada projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) yang diuruskan sepenuhnya oleh Pusat Pembangunan dan Harta.
Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dimohon supaya berhati-hati ketika melalui kawasan kerja tersebut.
Sekian, terima kasih.