Majlis Penyerahan dan Penanaman Pokok Oleh Jabatan Landskap Negara Kepada UMT

Tarikh : 5 Oktober 2016 (Rabu)
Tempat : Dataran Bangunan PPSTM & PPSPA

Universiti Malaysia Terengganu telah menerima sumbangan sebanyak 80 batang pokok pelbagai spesis oleh Jabatan Landskap Negara. Majlis Penyerahan dan Penanaman Pokok oleh Jabatan Landskap Negara kepada Universiti Malaysia Terengganu diadakan bagi meneruskan kesinambungan Program Penanaman Pokok Bersama Warga UMT (Taman Botani) yang telah dilancarkan pada 3 Mac 2016. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk merealisasikan matlamat kelestarian kampus dan kelangsungan masa depan sebuah kampus hijau.