Inovasi@UMT 2012

Program Inovasi@UMT 2012 telah pun diadakan pada 14 & 15 Mei 2012 di Dewan Sultan Mizan dan julung kali diuruskan sepenuhnya oleh PPH dari segi pemasangan booth-booth pameran.

Pihak urusetia juga telah menyediakan sebuah booth untuk PPH mempamerkan maklumat – maklumat berkaitan jabatan seperti pembangunan dan fasiliti yang ada di UMT.

INOVASI@UMT  2012 ini mempertandingkan 54 hasil penyelidikan penyelidik UMT, 34 hasil penyelidikan pelajar tahun akhir UMT dan 21  hasil inovasi pelajar sekolah-sekolah menengah dari seluruh Negeri Terengganu.

Selain pertandingan penyelidikan, INOVASI@UMT 2012 juga membawakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan korporat yang berorientasikan sains dan inovasi berikut;

  • Petronas – UTP, INSTEP dan ALAM
  • Petrosains – Pertunjukan dan Aktiviti Sains Interaktif
  • Yayasan Inovasi Malaysia – Pameran & Jualan Produk-Produk Inovasi Negeri Terengganu 2012
  • Yayasan Angkasawan Negara – Perkongsian Pengalaman `Aplikasi Sains dan Angkasa’ bersama Angkasawan Negara – Mejar Dr. Faiz Khaleed
  • Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu – Pertunjukan & Aktiviti Sains
    Interaktif
  • Perbadanan Harta Intelek – Pameran & Ceramah Kesedaran Harta Intelek
  • Agensi Nuklear Malaysia
  • Institut Penyelidikan Produk Halal
  • Pusat-Pusat Kecemerlangan UMT – Pembelajaran Sains Interaktif
  • Institusi Pengajian Tinggi (Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin, UiTM Terengganu Kampus Dungun, UiTM Terengganu Kampus Chendering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin)