Tempahan/ Penggunaan Ruang Kuliah Universiti

TEMPAHAN/ PENGGUNAAN RUANG KULIAH UNIVERSITI

Semua permohonan penggunaan ruang kuliah di Bangunan Kompleks Kuliah Pusat, Kompleks Kuliah, Bina Syarahan, IBH dan MSB/MST hendaklah dibuat kepada Bahagian Pengurusan Fasiliti & Kenderaan, Pusat Pembangunan dan Harta di Pejabat Bahagian Pengurusan Fasiliti & Kenderaan (BPFK), aras 1 Bangunan Kompleks Kuliah Pusat sebagaimana berikut:-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 4.00 petang
Jumaat/Sabtu/Cuti Am/Cuti Umum : Tutup untuk tempahan

PENGGUNAAN RUANG KULIAH

Semua pemohon perlu mematuhi waktu penggunaan yang dimohon semasa tempahan. Pihak pengurusan kompleks kuliah akan membuka ruang kuliah yang ditempah 15 minit sebelum masa penggunaan. Sekiranya pemohon tidak menggunakan atau memasuki ruang yang ditempah dalam masa 30 minit tanpa memaklumkan kepada staf BPFK, ruang akan ditutup dan akan dikunci semula atas faktor keselamatan fasiliti dan mengoptimumkan sumber tenaga selaras dengan Blueprint Pembangunan Kampus Lestari, Komponen 3 – Tenaga.

Semua fasiliti pengajaran hendaklah ditutup setiap kali selesai penggunaan atau kuliah tamat.

Sekian, terima kasih.