Majlis Penyerahan Basikal Sempena Program Hari Bebas Kenderaan Bermotor Di Kampus UMT

Tarikh : 10 November 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dataran Kompleks Siswa

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khususnya kepada YBhg. Dato’ Naib Canselor di atas kesudian untuk hadir ke majlis ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),
semua Pegawai-Pegawai Utama dan Pegawai-Pegawai Kanan kerana telah turut serta dalam majlis ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada semua AJK Pelaksana Program, Bahagian Keselamatan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), Majlis Perwakilan Pelajar, Pusat Komunikasi Korporat, Pusat Kesihatan Universiti, pelajar-pelajar serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah bertungkus-lumus dan berganding bahu bersama-sama dalam memeriahkan majlis dan memastikan ia dapat berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang.

“KE ARAH MEREALISASIKAN KAMPUS LESTARI”