Program Penanaman Pokok Bersama Warga UMT Ke Arah Kampus Lestari

Tarikh: 3 Mac 2016 (Khamis).
Lokasi: Taman Botani
Perasmian: Naib Canselor UMT
Urusetia: PPH

Program Penanaman Pokok Bersama Warga UMT Ke Arah Kampus Lestari telah berjaya dilangsungkan pada hari ini, 3 Mac 2016 (Khamis).

Pihak Pusat Pembangunan dan Harta merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada SELURUH WARGA UMT di atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khususnya kepada YBhg. Dato’ Naib Canselor di atas kesudian untuk merasmikan program yang julung-julung kali diadakan ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Effendy bin Abd. Wahid selaku Pengerusi, Jawatankuasa Blueprint Kampus Lestari, semua Pegawai-Pegawai Utama dan Pegawai-pegawai Kanan kerana telah turut serta dalam program ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada semua AJK Pelaksana Program, Bahagian Keselamatan, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Siswa, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Komunikasi Korporat, Pusat Islam, Badan-Badan Beruniform, pelajar-pelajar serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kerana telah bertungkus-lumus dan berganding bahu bersama-sama dalam memeriahkan program dan memastikan ia dapat berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang.

Semoga sokongan dan kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.

~ “KE ARAH MEREALISASIKAN KAMPUS LESTARI” ~