Perkhidmatan

Fungsi Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH)

Fungsi utama PPH adalah membantu pengurusan universiti di dalam urusan pembangunan fizikal kampus. Fungsi berkenaan dibahagikan seperti berikut;

  • Pengurusan pembangunan fizikal kampus
  • Pengurusan penyelenggaraan bangunan dan infrastruktur
  • Pengurusan fasiliti dan aset
  • Pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak
  • Pengurusan lanskap dan kebersihan
  • Pengurusan khidmat nasihat teknikal

 Fasiliti Yang di Tawarkan:

  • Sewaan Bilik (Rumah Universiti)
  • Sewaan Dewan (Dewan Sultan Mizan, Dewan Senat)
  • Sewaan Peralatan (Kanopi, Kerusi, Meja)
  • Sewaan Ruang Untuk Promosi

Bahagian-Bahagian Utama PPH

Bahagian-bahagian utama di dalam jabatan ini bertindak saling menyokong diantara satu sama lain di dalam menawarkan perkhidmatan kepada pengguna. Bahagian berkenaan adalah sebagaimana berikut;

A.        Bahagian Perancangan dan Pembangunan
Bahagian ini bertanggungjawab di dalam aktiviti-aktiviti berikut;

  • Projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia
  • Projek-projek baru di bawah peruntukan mengurus
  • Projek-projek naiktaraf dan pengubahsuaian
  • Pembelian peralatan makmal di bawah Rancangan Malaysia
  • Pembelian dan penggantian perabot (perabot makmal dan built-in furniture) untuk bangunan baru dan bangunan sedia ada
  • Penyediaan papan tanda bangunan baru
  • Pengurusan ruang

B.         Bahagian Pengurusan Fasiliti

Bahagian ini bertanggungjawab di dalam aktiviti-aktiviti berikut;

Penyelenggaraan

  • Kerja penyelenggaraan berkala bagi kemudahan sedia ada
  • Projek / Kerja pembaikan bagi kemudahan sedia ada
  • Kerja perkhidmatan kebersihan dan penyelenggaraan lanskap
  • Pengeluaran perakuan pelupusan (PEP)

Pengurusan Fasiliti

  • Pengurusan fasiliti universiti  (pinjaman, penyewaan, penyelenggaraan peralatan majlis)
  • Pembelian perabot (loose furniture) bagi bangunan sedia ada
  • Penyediaan papan tanda bagi bangunan dan kemudahan sedia ada
  • Pelupusan aset di bawah peruntukan pembangunan

C.         Bahagian Pentadbiran & Kewangan
Bahagian ini bertanggungjawab di dalam aktiviti-aktiviti berikut;

  • Menguruskan operasi jabatan yang berkaitan bidang pentadbiran dan urusan sumber manusia di jabatan.
  • Mengawalselia, merekod serta mengurus perolehan serta pembayaran yang berkaitan dengan peruntukan mengurus dan juga peruntukan pembangunan.
  • Urusan perolehan, perekodan serta pelupusan aset mengurus jabatan.