Sejarah

Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 2002 yang dikenali sebagai Unit Pembangunan dan diletakkan di bawah Pejabat Rektor bertujuan untuk membantu pihak pengurusan universiti dalam pembangunan fizikal kampus termasuklah kerja-kerja menaiktaraf kemudahan sedia ada seperti infrastruktur, bangunan, kenderaan, lanskap dan mengadakan kemudahan-kemudahan baru serta mengetuai perkhidmatan pengurusan penyelenggaraan harta serta kawasan kampus keseluruhannya. PPH mempunyai 4 bahagian utama iaitu:

  1. Bahagian Pengurusan Perkhidmatan
  2. Bahagian Pengurusan Penyelenggaraan
  3. Bahagian Pengurusan Fasiliti
  4. Bahagian Pengurusan Kontrak & Ukur Bahan

PPH telah mendapat persijilan MS ISO 9001:2008. Skop yang ditekankan adalah perkhidmatan pengurusan penyelenggaraan harta universiti.