Latar Belakang

Kelab Sukan dan Kebajikan ditubuhkan dengan singkatan nama KESAN pada tahun 2004. Ahli Kelab adalah terdiri daripada kakitangan Pusat Pembangunan dan Harta.  Penubuhan kelab adalah bertujuan untuk memberi kemudahan bersukan dan beriadah kepada ahli di samping berperanan dalam menjaga kebajikan ahli.

Objektif Penubuhan:

  1. Memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan staf di Pusat Pembangunan dan Harta
  2. Menjadi penggerak kepada pelbagai aktiviti di Jabatan
  3. Mengeratkan silaturrahim sesama staf
  4. Mengeratkan hubungan antara keluarga staf dengan staf yang lain
  5. Mengadakan kegiatan-kegiatan sukan, rekreasi untuk ahli-ahli kelab
  6. Menjaga kebajikan setiap ahli kelab dan juga ahli keluarga

Akaun Kelab Kesan : CIMB Bank Berhad – 13110000424101