Sistem Pengurusan Kualiti

PPH telah berjaya mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2009 di bawah skop Perkhidmatan Pengurusan Penyelenggaraan Harta Universiti.

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) menjadi sumber rujukan dan panduan kepada jabatan di dalam melaksanakan kerja. SPK juga membolehkan jabatan memberikan perkhidmatan yang terbaik secara konsisten dan mematuhi peraturan semasa yang berkuatkuasa.

Dasar Pengurusan Kualiti PPH adalah ‘Pejabat Pembangunan dan Harta beriltizam memberikan perkhidmatan pengurusan pembangunan dan penyelenggaraan harta terbaik untuk mencapai kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan berterusan.

Objektif kualiti telah disediakan bagi membantu PPH di dalam memastikan penawaran perkhidmatan sentiasa mematuhi dasar kualiti yang telah digariskan. Objektif berkenaan adalah sebagaimana berikut;

  •  Pemeriksaan kerosakan akan dibuat dalam tempoh 24 jam (hari bekerja) daripada aduan diterima.
  •  Pembaikan kerosakan kecil akan dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja.
  •  Pembaikan kerosakan besar akan dibuat dalam tempoh 14 hari.
  • Semua tuntutan bayaran penyelenggaraan akan dihantar ke Pejabat Bendahari dalam tempoh 14 hari daripada kerja siap.
  • Mencapai sekurang-kurangnya 80% tahap kepuasan pelanggan

SPK ini disemak dari masa ke semasa tertakluk kepada perubahan yang berlaku di jabatan termasuklah perubahan dari segi skop dan bidang kerja.