Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan

Fungsi Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH)

Fungsi utama PPH adalah membantu pengurusan universiti di dalam urusan pembangunan fizikal kampus. Fungsi berkenaan dibahagikan seperti berikut;

  • Pengurusan pembangunan fizikal kampus
  • Pengurusan penyelenggaraan bangunan dan infrastruktur
  • Pengurusan fasiliti dan aset
  • Pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak
  • Pengurusan landskap dan kebersihan
  • Pengurusan khidmat nasihat teknikal

 Fasiliti Yang di Tawarkan:

  • Sewaan Bilik (Rumah Universiti)
  • Sewaan Dewan (Dewan Sultan Mizan, Dewan Senat)
  • Sewaan Peralatan (Kanopi, Kerusi, Meja)
  • Sewaan Ruang Untuk Promosi

Bahagian-Bahagian Utama PPH

Bahagian-bahagian utama di dalam jabatan ini bertindak saling menyokong diantara satu sama lain di dalam menawarkan perkhidmatan kepada pengguna. Bahagian berkenaan adalah sebagaimana berikut;

A.        Bahagian Pengurusan Pembangunan

Bahagian ini bertanggungjawab di dalam aktiviti-aktiviti berikut;

1)    Merancang dan melaksanakan projek- projek di bawah Rancangan Malaysia.

2)    Kerja-kerja Arkitek melibatkan pelaksanaan pengurusan reka bentuk  bangunan, hiasan dalaman, pembelian perabot,   aksesori bangunan dan papan tanda.

3)    Kerja-kerja awam dan struktur  melibatkan reka bentuk struktur bangunan, pelaksanaan dan pengurusan projek kerja-kerja teknikal, infrastruktur, sistem saliran, jalan raya, verifikasi bekalan air dan kerja-kerja teknikal berkaitan.

4)   Kerja-kerja mekanikal melibatkan reka bentuk, pelaksanaan, dan pengujian sistem dalam dan luar bangunan iaitu sistem penyaman udara, kumbahan, pam dan kerja-kerja teknikal berkaitan.

5)    Kerja-kerja elektrik melibatkan kerja-kerja reka bentuk, penyeliaan, pelaksanaan pengurusan kerja-kerja elektrikal dan bekalan, sistem audio visual, telefon/alat pandang dengan dan kerja-kerja teknikal berkaitan.

6)   Pengurusan projek kepakaran dalaman.

7)   Naik taraf dan ubahsuai bangunan.

8)   Pengurusan landskap.

B.         Bahagian Pengurusan Penyelenggaraan

Bahagian ini bertanggungjawab di dalam aktiviti-aktiviti berikut;

1)    Merancang, menyelia dan melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan kerja-kerja awam & struktur.

2)    Merancang, menyelia dan melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan kerja-kerja mekanikal.

3)   Merancang, menyelia dan melaksanakan kerja pembaikan dan penyelenggaraan kerja-kerja elektrik.

– Audio visual

– Telekomunikasi

4)   Merancang, menyelia dan melaksanakan khidmat pembersihan

– Bangunan

– Kawasan

5)   Merancang, menyelia dan melaksanakan kerja-kerja pengurusan landskap.

6)   Pengurusan projek kepakaran dalaman.

7)   Pengurusan penyelengaraan luar kampus

8)   Memantau, menganalisa dan mengurus penggunaan elektrik dan air serta Kawalan Pengurusan Tenaga.

C.         Bahagian Pengurusan Fasiliti

Bahagian ini bertanggungjawab di dalam aktiviti-aktiviti berikut;

1)    Menyelaras dan menguruskan tempahan dan rekod penggunaan ruang universiti.

2)   Membuat auditan ruang universiti.

3)   Menyelaras dan menguruskan pendaftaran aset baharu, agihan aset, pemeriksaan aset, perpindahan aset dan pelupusan aset peringkat PTJ.

4)   Menguruskan Stor Pusat dan Stor Pelupusan.

5)   Menyelaras dan menguruskan tempahan dan penggunaan fasiliti majlis/program/aktiviti seperti Dewan Sultan Mizan, Dewan Senat/LPU, Rumah Universiti dan peralatan majlis.

6)   Menyelaras dan menguruskan perjanjian, penggunaan ruang dan fasiliti sewaan untuk majlis/program/aktiviti  yang terdapat di UMT.

7)   Menyelas dan menguruskan permohonan pemasangan banner/banting di sekitar UMT.

8)   Menyediakan khidmat nasihat berkaitan penganjuran majlis/program/aktiviti di UMT.

D.         Bahagian Pengurusan Perkhidmatan

Bahagian ini bertanggungjawab di dalam aktiviti-aktiviti berikut;

1)    Membentuk, merancang, melaksana dan  memantau Misi, Hala Tuju dan Pelan Strategik PTj.

2)   Merancang dan mengurus hal ehwal  pembangunan dan kompetensi staf.

3)   Pengurusan pejabat, aset jabatan,  pentadbiran  dan sumber manusia jabatan.

4)   Penghubung PTJ/Khidmat Pelanggan.

5)   Pengurusan Hartanah

  • Permohonan dan perolehan
  • Percukaian dan pengecualian/pengurangan
  • Penghubung pihak KPT/pihak Berkuasa Tempatan

6)   Pengurusetiaan mesyuarat utama jabatan.

7)   Pemantauan kemajuan fizikal /kewangan projek.

8)   Kawalan dan pemantauan kewangan peruntukan mengurus dan pembangunan.

9)   Pengurusan aduan dan Integriti.

10) Menyediakan perkhidmatan tempahan kenderaan Universiti.

11) Mengurus kenderaan sewaan kenderaan untuk Universiti.

12) Mengurus penyelenggaraan dan pembaikian kenderaan Universiti.

13) Menyelaras proses pelupusan alatganti dan kenderaan.

14) Mengurus proses pembelian kenderaan baru Universiti.

E.         Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan

Bahagian ini bertanggungjawab di dalam aktiviti-aktiviti berikut;

1)  Menyelaras dan melaksana panggilan tender/sebut harga.

2) Menyediakan Anggaran Jabatan untuk tender/sebut harga.

3) Menyelaras prosedur kontraktual dalam pelaksanaan kontrak selaras dengan Syarat-Syarat Kontrak .

4) Menyelaras peruntukan projek supaya kos pelaksanaan projek dipantau tidak melebihi siling yang diluluskan.

5) Menyelaras dan menyemak permohonan perubahan kontrak untuk kelulusan Pihak Berkuasa Melulus selaras dengan pekeliling Perbendaharaan, pengukuran semula kuantiti sementara dan lain-lain pelarasan di bawah kontrak.

6) Menyelia/menyemak penyediaan dokumen kontrak, sama ada disediakan oleh secara dalaman ataupun perunding yang dilantik.

7) Memantau perkhidmatan perunding yang dilantik dalam penyeliaan kontrak.

8)  Menyemak penilaian kemajuan kerja kontraktor yang disediakan oleh Bahagian-Bahagian lain di Pejabat Pembangunan dan Harta

9) Membuat penilaian tender/ sebut harga untuk dibawa ke Jawatankuasa Perolehan UMT.

10) Menyemak kadar harga yang dikemukakan oleh perunding atau pun kontraktor.

11) Urusetia Pelantikan Perunding bagi projek-projek pembangunan UMT.

12) Urusetia Jawatankuasa Penilaian dan Pengesyoran peringkat jabatan sebelum mengemukakan laporan penilaian tender/      sebut harga ke Urusetia Perolehan UMT.

13) Urusetia Jawatankuasa Perubahan Kerja. Memberi khidmat nasihat mengenai perolehan dan tatacara kontrak.