LASBELA – PPH,UMT Ke Prasarana,UNPAD 2012

Lasbela adalah satu program UMT yang memberi peluang kepada staf bukan akademik untuk mendapat pengalaman dan pengetahuan di Luar Negara.

Sehubungan dengan itu, Pusat Pembangunan dan Harta telah menghantar rombongan sebahagian kakitangannya ke Universitas Padjadjaran (Kampus Jatinangor, Bandung, Indonesia) pada 30Mei-2 Jun 2012. Rombongan kami telah disambut baik dari perwakilan UPT Sarana dan Prasarana Unpad. Kunjugan kami serta topik perbualan semasa berada disana juga telah diberitakan dalam website universiti tersebut sebagaimana petikan berikut:

http://www.unpad.ac.id/archives/55961

Diakhir lawatan pihak kami dibawa melawat sekitar kampus dan diberi penerangan ringkas oleh pihak UPT Sarana. Program ini telahpun dapat dimanafaatkan bersama antara universiti khususnya di dalam aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan fizikal universiti.

Terima kasih.