Seminar Pengurusan Kontrak Dari Perspektif Perundangan 2012

Seminar “Pengurusan Kontrak Pembinaan dari Perspektif Perundangan” telah berlangsung dengan jayanya pada 15-17 April 2012 bertempat di Permai Hotel Kuala Terengganu. Seminar ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta pujian daripada pelbagai pihak.

Objektif utama seminar yang bertujuan memberikan pendedahan mengenai kepentingan perundangan di dalam pelaksanaan kontrak pembinaan serta implikasi undang-undang yang berkaitan sekiranya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di dalam kontrak telah pun dikupas dan disampaikan oleh penceramah dari Bahagian Dasar dan Kontrak,  JKR
Malaysia iaitu Sr. Amran bin Mohd Majid. Turut ditekankan adalah mengenai hak dan tanggungjawab pegawai serta agensi yang terlibat di dalam kontrak pembinaan.

Seminar ini telah berjaya manarik minat dan kehadiran oleh Pegawai di Jabatan Pembangunan, Jabatan Bendahari serta Bahagian Perundangan IPT, Agensi -agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, GLC, Perunding, Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan, Kontraktor, Pemaju, Akademik, Peguam serta lain-lain jabatan yang terlibat di dalam pengurusan dan pelaksanaan projek pembinaan.

Sehubungan dengan itu, Pusat Pembangunan dan Harta (PPH) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak di dalam menjayakan seminar tersebut.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan universiti kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada PPH untuk melaksanakan program seminar.