Pengurusan PPH

  1. PPH diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah.
  2. Struktur organisasi PPH dibahagikan mengikut bahagian dan skop kerja yang dijalankan adalah berdasarkan agihan bahagian berkenaan. Terdapat 4 bahagian utama di PPH. Kesemua bahagian ini adalah diketuai oleh seorang Ketua Bahagian.
  3. PPH mempunyai staf tetap teknikal pelbagai gred jawatan yang terdiri daripada staf Pengurusan dan Profesional serta staf sokongan. Selain staf teknikal, operasi PPH turut disokong oleh staf pentadbiran di dalam hal ehwal pentadbiran dan kewangan jabatan.