Hari Bebas Kenderaan-Laluan Pejalan Kaki Berbumbung

MAKLUMAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG DI KAMPUS UMT

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan emel yang terdahulu adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan, bagi tujuan kemudahan semua warga sempena ‘HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUS UMT’ berikut adalah pelan laluan berbumbung untuk pejalan kaki yang menghubungkan bangunan-bangunan dan tempat letak kenderaan di sekitar kampus UMT.


Sila klik pada pautan gambar untuk lebih besar dan jelas

 

Untuk makluman semua warga, tempat letak kenderaan berbumbung di Zon Bebas Kenderaan Bermotor boleh digunakan untuk meletak basikal bagi tujuan keselesaan bersama.

Diharapkan dengan makluman ini dapat membantu dan memberi panduan kepada semua warga.
Segala perhatian dan kerjasama daripada semua warga berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.