Hari Bebas Kenderaan-Kawasan Tempat Letak Basikal

MAKLUMAN KAWASAN TEMPAT LETAK BASIKAL SEMPENA PROGRAM HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUS UMT

Sukacita dimaklumkan, bagi tujuan kemudahan semua warga sempena program ‘HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUS UMT’, kawasan tempat letak basikal di dalam Zon Bebas Kenderaan Bermotor adalah sepertimana berikut:

Lokasi Tempat Letak Basikal

1) Parkir bersebelahan Bangunan PPSA – boleh memuatkan 84 buah basikal
2) Anjung Bangunan Unit Kapal – boleh memuatkan 42 buah basikal
3) Parkir Kompleks Kuliah (di antara KK dan Bangunan PPAL) – boleh memuatkan 84 buah basikal
4) Laluan berbumbung (antara Bangunan Makmal Sains Nautika dengan Parkir Berpusat Pelajar) – boleh memuatkan 28 buah basikal

Diharapkan dengan makluman ini dapat membantu dan memberi panduan kepada semua warga.
Segala perhatian dan kerjasama daripada semua warga berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.