Hari Bebas Kenderaan Zon Pentadbiran

Hari Bebas Kenderaan – Pelaksanaan di Zon Pentadbiran

Untuk makluman warga UMT, pihak Pengurusan Universiti juga telah bersetuju untuk melaksanakan HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR di ZON PENTADBIRAN yang melibatkan Kompleks Siswazah, Bangunan Canselori, PSNZ, Dewan Sultan Mizan dan Kompleks Siswa.

Sehubungan dengan itu, program ini akan dilaksanakan secara bergilir-gilir di antara kedua-dua zon iaitu ZON PENTADBIRAN dan ZON AKADEMIK.

Bermula pada 26 OKTOBER 2017 (KHAMIS) HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUS UMT akan diadakan di ZON PENTADBIRAN sahaja. Manakala pada 2 NOVEMBER 2017 (KHAMIS), HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUS UMT akan diadakan di ZON AKADEMIK sahaja.

Sekian untuk perhatian dan makluman seluruh Warga UMT.

Terima kasih.