Hari Bebas Kenderaan Zon Akademik

Hari Bebas Kenderaan Zon Akademik – Kawasan Tempat Letak Kenderaan

Bagi tujuan kelancaran kemasukan aliran trafik sempena program ‘HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUS UMT’, kawasan tempat letak kenderaan warga di luar Zon Bebas Kenderaan Bermotor adalah sepertimana berikut:

Kawasan tempat letak kenderaan berhampiran bangunan
1. Kompleks Sukan
2. Pusat Islam
3. Kompleks Siswa
4. Tapak Pesta Konvokesyen/Berhampiran Pencawang TNB
5. Dewan Sultan Mizan
6. Bangunan Canselori (Staf Sahaja)
7. Dataran Canselori (Staf Sahaja)
8. PSNZ (Motosikal Sahaja)
9. Kompleks Siswazah

Pihak keselamatan akan memberikan arahan dari semasa ke semasa berkenaan tempat letak kenderaan yang bersesuaian sekiranya lot tempat letak kenderaan yang disediakan telah penuh.

Diharapkan dengan makluman ini dapat membantu dan memberi panduan kepada semua warga untuk meletak kenderaan di tempat yang berhampiran dan bersesuaian.
Segala perhatian dan kerjasama daripada semua warga berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.