Program Hari Bebas Kenderaan Bermotor di Kampus UMT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa, salah satu komponen yang terdapat dalam BLUEPRINT KAMPUS LESTARI UMT adalah mewujudkan sebuah kampus mesra pejalan kaki dan berbasikal serta mengurangkan kemasukan kenderaan bermotor.

Program ini dijalankan bagi mencapai OBJEKTIF sebagaimana berikut:

  1. Mengawal pencemaran Gas Karbon Monoksida
  2. Memupuk budaya cintakan alam semulajadi
  3. Membudayakan gaya hidup sihat warga UMT
  4. Mengurangkan kesesakan lalulintas

Bagi merealisasikan usaha murni ini, pihak pengurusan UMT telah bersetuju untuk mengadakan ‘HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUS UMT’ bermula pada 10 November 2016.

Untuk makluman semua warga UMT, program ini akan dilaksanakan pada SETIAP HARI KHAMIS secara bergilir-gilir di antara Zon Akademik dan Zon Pentadbiran.

Sehubungan dengan itu, semua kenderaan bermotor staf/pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan zon bebas kenderaan bermotor yang telah ditetapkan dan hanya pejalan kaki serta berbasikal sahaja dibenarkan di kawasan tersebut.

Segala perhatian dan kerjasama daripada semua warga berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.