HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUS UMT BAGI BULAN APRIL 2017

UMT telah melancarkan ‘HARI BEBAS KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUS UMT’ pada 10 November 2016 yang lalu bagi menyokong Blueprint Kampus Lestari UMT iaitu mewujudkan sebuah kampus mesra pejalan kaki dan berbasikal serta mengurangkan kemasukan kenderaan bermotor.

Program ini dilaksanakan pada setiap HARI KHAMIS MINGGU PERTAMA PADA SETIAP BULAN. Semua kenderaan bermotor staf/pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan zon bebas kenderaan bermotor yang telah ditetapkan dan hanya pejalan kaki serta berbasikal sahaja dibenarkan di kawasan tersebut.

Bagi bulan APRIL 2017 program ini akan dilaksanakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 6 APRIL 2017 (KHAMIS)
Tempoh Pelaksanaan: 12.00 Tengah Malam hingga 6.00 Petang

PORTAL UMT