Makluman Kematian

Dukacita dimaklumkan, PPH telah kehilangan seorang staf iaitu Allahyarham Alfian Aziz yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 13 November 2016. Isteri dan seorang anak Allahyarham cedera ringan manakala seorang lagi anak Allahyarham cedera teruk dan berada dalam keadaan kritikal. Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Pusara, Kuala Terengganu pada jam 9 pagi.

Sedikit info mengenai Allahyarham Alfian Aziz yang kita tidak ketahui:

* Allahyarham adalah tempat ibu & adik2nya mendapatkan rezeki
* Isterinya mempunyai ijazah tetapi masih belum mendapat pekerjaan
* Pecen ayah beliau yang diterima daripada Syarikat Bekalan air Terengganu adalah tidak mencukupi.
* Allahyarham mempunyai adik OKU seramai 6 orang dan salah seorang daripadanya terlantar sakit.
* Bantuan bulanan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah tidak seberapa

Kelab KESAN PPH telah melancarkan Tabung Kutipan Derma bagi meringankan bebanan keluarga Allahyarham Alfian. Sumbangan derma yang ingin dihulurkan bolehlah diserahkan kepada AJK Kelab KESAN PPH.

Didoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Alfian Aziz dan rohnya ditempatkan dikalangan para salihin…. amin

Alfian Aziz