Kelestarian Tenaga UMT: Kos Penggunaan Tenaga Elektrik Bagi Bulan Mac Hingga Mei 2016

Adakah semua warga UMT mengetahui bahawa kos keseluruhan penggunaan tenaga elektrik setakat Mei 2016 adalah sebanyak RM 4,164,746.51. Hanya 10% daripada jumlah bangunan yang menyumbang kepada penurunan kos penggunaan tenaga elektrik berbanding bulan sebelumnya.

Warga UMT digesa untuk menyahut seruan kerajaan supaya
menggunakan tenaga elektrik secara cekap dan efisyen serta mengelakkan pembaziran. Dengan ini kos bayaran utiliti
elektrik dapat dikurangkan di samping dapat menyumbang ke arah pembangunan universiti melalui kos penjimatan tersebut.
Oleh itu, marilah sama-sama kita berganding bahu bagi merealisasikan sasaran ini demi kemampanan penggunaan
sumber bekalan tenaga kampus.

1 person, 1 Hour, 1 Day, You Have The Power